Wednesday, May 30, 2012

Oh begitu, begini..

Diam tak diam..hari ni dah last day di bulan May 2012 bersamaan 10 Rejab 1433H.
Dah 24 hari arwah Tok tersayang pergi..
Kejap je bulan June akan menyusul esok.
Then mid July , Ramadhan mulia menjelma,
Kemudian tibalah August, hari raya buat semua.

Cakap pasal preparation, mesti dh ramai yg dh half step utk baju raya suma..tp aku baru nak usha2..tapi utk family kat kampung almost pakaian diorang dh beres..dh kasi tailor..utk ayah,mak, adik2..(sayanggnya kat semuaa)

kat sini..dis weekend baru nak p cari kain.especially for Ariana lah..si kenit kiut miut tu..entahla mane nak usha.planning for si year ialah kaler BIRU..since my husband dis year dpt balik raye sama2,ok lah..seronok laa...kakak ipar a.k.a acu yanie glemer dh siap cr kain dh..kat Gulatis..huhu..tktaula thn ni fesyen pengantin plak baju rayanya..hehe..2 i 1 leh recycle utk function or open house..

but we are going to Kuching, Sarawak this mid of June..family trip..again together2 with maktok, pak kechik his beloved Anne :), and also my dearest sis with her family.

Perabis2 kat Sarawak then balik KL, we'll  see apa yg ada..habuk or apa..:))..aaaa..

Monday, May 14, 2012

Dalam Kenangan..AL-FATIHAH

Tatkala entry ni ditaip, sudah seminggu Arwah Tok aku iaitu Allahyarhamah Sepiah binti Md Noor, telah kembali ke rahmatullah..semoga Allah sentiasa menempatkan roh beliau di kalangan orang beriman..sedih sungguh..apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.


8 May 2012 (6.30am) - Terkejut menerima panggilan mengkhabarkan tentang berita kematian Tok..aku mcm tak percaya..sakit tidak..tiba2 dgr2 dh pergi..Allahuakbar..aku pasrah dalam redha ketentuanMu..berdebar sambil bersiap utk balik ke kampung di Kedah..mesti tiba sebelum Zuhur!..alhamdulillah kami selamat tiba..sayu hati bila tgok orang byk berkumpul.byk yg tidak menyangka berita nie...ketika itu.arwah sedang dimandikan oleh sahabat2 nya..jika sebelum ni..Tok antara team memandi dan mengkafan jenazah..tapi pada hari tu..giliran dia dikafankan oleh sahabat2nya..alhamdulillah tenang sekali melihat wajah yang bersih itu "pergi menghadap illahi"..semoga rohnya sentiasa setenang wajahnya..kucupan terakhir ku beri buat Tok yang kukasihi..


Banyak sekali kenangan aku dgn arwah..dari aku kecil hingga usia habis sekolah rendah, masa aku, zaman kanak2 aku byk berkait dgn arwah..semua tu hanya kenangan..tak mungkin aku lupa..sungguh aku sangat..sangat sedih..hanya Al-fatihah menjadi iringan..tak dapat aku gambarkan rasa sedih, terkejut, hiba hingga ke saat ini..

Damailah engkau di sana wahai Nenda tersayang..Ya Allah..tiada yang lebih berkuasa ke atas semua makhluk di bumi..Engkau ampunkanlah dosa-dosa beliau dan dosa-dosaku terhadap beliau dan sejahterakanlah rohnya..aaminn...

Cucu yang sentiasa merinduimu..
14 Nov 1938 - 08 May 2012 - AL-FATIHAH